Salam buat semua. Cantik, hodoh, gemuk, tinggi, pendek, kurus, semuanyalah. Semoga anda2 dirahmati dan diberkati.
Kebanyakan orang masuk je bulan puasa pengaliran duit laju je kan..Memang la orang selalu cakap bulan puasa la bulan paling sesuai untuk berjimat. Tapi hakikatnya hampeh Zabedah2 semua oii! Makin kering adalah. Memang betul, siang hari tk keluarkan duit untuk beli makan minum. Tapi bila da masuk kul 5pm, dia punya list nak makan , Masya Allah! macam nak makan untuk 50 orang. ( contoh plg dekat:AKU )
Kadang2 dalam kereta da siap MOTIVASI kan diri sendiri. Pergi beli nasi kerabu and air tebu je. tapi end up
Hah... camni!! (melampau eh pic aku?) ahh tak kisah la camna picture pun. Yang penting keadaan camni mesti jadi. Nafsu kita memang dasyat kalau masuk bab makanan ni. Jangan tipu la kalau ada yg bole g bazar and beli 1 je lauk. Kalau ada pun mungkin 2/10 sahaja..We all can't think wisely when it comes to food. Plus it's our tradition's food. Tengah2 menaip ni terliur pulak sate yang kat atas ni. Dugaan betul la...
For me there must be something we can prevent this wasting money thingy.
Maybe we can:
- Memasak di rumah - ini salah satu cara paling selamat untuk kita keluar kan duit berlebihan. Masak la simple2. Enough untuk mengenyangkan perut. Jangan lak Kak Ton g masak kambing panggang 7 ekor, lembu seekor, ayam 30 ekor. Itu bukan setakat membazir tapi gila.
- Bawak duit sikit - kaedah ni berkesan jugak. Sebab bila duit sikit kita akan automatic berkira nak beli apa. Maksud sikit di sini ialah bawah RM15. Tapi kalau family ada 8 org jangan la beriya bawak 15 je. Itu selfish namanya, beli untuk diri sendiri.
- Berbuka puasa di masjid atau surau - Ini lah cara paling jimat untuk bebuka puasa Kak Ton2 sekalian. Kalau nasib lagi baik dapat bawak balik bubur lambok untuk sahur. Tapi jangan la bila baca ni, anda2 semua g masjid hari hari semata2 untuk makan tapi SEMBAHYANG nya tidak!
- Rancang bazar mana yang hendak dikunjungi - Ini pun penting sebenarnya. Kalau hari2 kita asyik bertukar tempat bazar, duit minyak habis macamtu sahaja. Mana tak nya, gara2 mengidam asam pedas dari Ampang drive pegi Melaka belinya. Pastu balik bebuka kat Ampang. Tak ke sewel orang panggil tu.
Di harap Kak Ton2 semua dapat la mengambil iktibar dari cadangan hamba di atas tu. Walaupn tak banyak cadangan nya tp cukup la untuk ingat memperingati sesama kita.
SELAMAT BERPUASA TO ALL MUSLIMS IN THE WORLD
SELAMAT BERPUASA TO ALL MUSLIMS IN THE WORLD
No comments:
Post a Comment