Jom harini kita bukak topik klinik binatang! So last 2 weeks aku kemain meng google nak cari vet paling dekat dengan rumah. Last2 jumpa la satu dekat Damansara Damai. Phew. Selamat duit minyak tak payah nak menempuh alam jam sampai ke Diamond Square sana. Thanks to Waze kerana berjaya menyampai kan kami ke Vet tu. Ini Klinik Vet kerajaan tau.
Tu dia! Kosong sekosongnya. Tak dak orang langsung. Tertukar lak aku dengan hospital mayat. But sebenarnya, tak ada orang la lagi bagus. Cepat dan dosa aku pun kurang dari carut. Dia panggil daftar and tunggu 5 min da panggil masuk. Dia la customer service dia la doctor?? Yang si kucing aku buat perangai tak nak kuar carrier. Bila da keluar dia da terketar2 sebab sejuk. Bilik rawatan tak ubah cam bilik seksa orang. Gerun aku tengok. Nasib kau la kucing. But she gave me some good advice jugak, walaupun semua yang dia cakap aku da tahu dari En Google. Masalah yang kami hadapi cuma 1 penyelesaian. Carikan kucing aku pasangan. Pftt. Doctor ingat senang ke nak buat majlis kawin sekarang? Nak cari keturunan dan baka baik bukan senang tau! Da siap rawatan, kena timbang kucing and tunggu for the bill. Tup2 tolak tambah cuma RM15 je kena. Hikhik. Gembira tak terkata! Al maklum saja 1st time bayar murah.
For me i can suggest this Klinik Kerajaan to people yang memerlukan rawatan murah for their pets. Plus this place tak ada ramai orang. But I'm not sure for Public Holiday and weekend. Because the day that i went is on Friday morning. Wish you all the best!
Ni la kucingnya yang dibawa ke Vet ni. Cewah. Hensem la tu gamaknya.
Sebenarnya klinik kerajaan dan klinik swasta masing2 ada baik buruknya. For those yang selalu bawak pets pergi klinik tentu lebih arif mana baik mana buruk. Like me myself I've been for both clinics.
Pengalaman klinik swasta tak de perlu tunggu lama pun nak jumpa doctor. Timing pun bole cut sebab tak perlu nak line up for numbers. The doctor pun agak ramah and seems like we've known each other for a whole life. Abih seluruh keturunan kekonon kenal. Kalau luck lebih lagi kita dapat layanan tip top bila doctor tak ada ramai pesakit on that day. And for the bills, korang faham2 sendiri lah. Tak kan ada RM10 kalau da nama swasta. Amik 1 ubat pun da RM30. But for me you must pay good for the good service.
Pengalaman klinik kerajaan pula berbeza. Dulu first pergi Vet kerajaan Cheras. Bawak my arwah rabbit buat check up and fungus. Went there pun before 12pm. Menunggu hampir 2 jam untuk dipanggil. Masa pun rugi, mood pun dah melayang. Arwah rabbit sebab bosan punya pasal, dia buat kawan dengan kucing. Mencanak aku nak jaga carrier sebab dia terlompat2 excited. Bila masuk untuk rawatan seems semua orang nak cepat. Cam klinik tu lagi 5 minit nak tutup. Menunggu ubat jangan cerita lah lama dia. Belum masuk cerita muka ketat orang jaga cashier tu. Yes for the bill sangat murah. Murah berlipat kali gunung perut ganda!
My second experience kat Vet Daerah PJ ni, berbeza pulak. Cepat mudah dan tak banyak songeh. Maybe sebab hari aku pergi tak ada orang. Customer service pun belum masuk hantu. Cuma yang menggusarkan aku ialah dengan orang yang buat rawatan. Tak pasti itu nurse atau doctor atau customer service atau hantu. Eh? Segalanya semacam tak yakin. Cara dia pegang kucing pun buat aku ragu2. Tapi apa pun kami dan kucing dapat keluar dari sana dengan selamat.
Ada yang nak tambah ke pasal ni? Silakan la. For me both ada pros and cons. Cuma kalau ada duit lebih lebih baik ke klinik swasta. Tepuk dada tanya selera. Jangan pulak tepuk dada dan pergi vet bawak anak. For me not all klinik swasta charged melampau2. Ada je yang munasabah kalau pandai cari. Choices are in your hand!!