Thursday, 13 November 2014

Veterinary Clinic

Hola hermoso!
Jom harini kita bukak topik klinik binatang! So last 2 weeks aku kemain meng google nak cari vet paling dekat dengan rumah. Last2 jumpa la satu dekat Damansara Damai. Phew. Selamat duit minyak tak payah nak menempuh alam jam sampai ke Diamond Square sana. Thanks to Waze kerana berjaya menyampai kan kami ke Vet tu. Ini Klinik Vet kerajaan tau.



Tu dia! Kosong sekosongnya. Tak dak orang langsung. Tertukar lak aku dengan hospital mayat. But  sebenarnya, tak ada orang la lagi bagus. Cepat dan dosa aku pun kurang dari carut. Dia panggil daftar and tunggu 5 min da panggil masuk. Dia la customer service dia la doctor?? Yang si kucing aku buat perangai tak nak kuar carrier. Bila da keluar dia da terketar2 sebab sejuk. Bilik rawatan tak ubah cam bilik seksa orang. Gerun aku tengok. Nasib kau la kucing. But she gave me some good advice jugak, walaupun semua yang dia cakap aku da tahu dari En Google. Masalah yang kami hadapi cuma 1 penyelesaian. Carikan kucing aku pasangan. Pftt. Doctor ingat senang ke nak buat majlis kawin sekarang? Nak cari keturunan dan baka baik bukan senang tau! Da siap rawatan, kena timbang kucing and tunggu for the bill. Tup2 tolak tambah cuma RM15 je kena. Hikhik. Gembira tak terkata! Al maklum saja 1st time bayar murah.
For me i can suggest this Klinik Kerajaan to people yang memerlukan rawatan murah for their pets. Plus this place tak ada ramai orang. But I'm not sure for Public Holiday and weekend. Because the day that i went  is on Friday morning. Wish you all the best!


Ni la kucingnya yang dibawa ke Vet ni. Cewah. Hensem la tu gamaknya. 
Sebenarnya klinik kerajaan dan klinik swasta masing2 ada baik buruknya. For those yang selalu bawak pets pergi klinik tentu lebih arif mana baik mana buruk. Like me myself I've been for both clinics. 
Pengalaman klinik swasta tak de perlu tunggu lama pun nak jumpa doctor. Timing pun bole cut sebab tak perlu nak line up for numbers. The doctor pun agak ramah and seems like we've known each other for a whole life. Abih seluruh keturunan kekonon kenal. Kalau luck lebih lagi kita dapat layanan tip top bila doctor tak ada ramai pesakit on that day. And for the bills, korang faham2 sendiri lah. Tak kan ada RM10 kalau da nama swasta. Amik 1 ubat pun da RM30. But for me you must pay good for the good service.
Pengalaman klinik kerajaan pula berbeza. Dulu first pergi Vet kerajaan Cheras. Bawak my arwah rabbit buat check up and fungus. Went there pun before 12pm. Menunggu hampir 2 jam untuk dipanggil. Masa pun rugi, mood pun dah melayang. Arwah rabbit sebab bosan punya pasal, dia buat kawan dengan kucing. Mencanak aku nak jaga carrier sebab dia terlompat2 excited. Bila masuk untuk rawatan seems semua orang nak cepat. Cam klinik tu lagi 5 minit nak tutup. Menunggu ubat jangan cerita lah lama dia. Belum masuk cerita muka ketat orang jaga cashier tu. Yes for the bill sangat murah. Murah berlipat kali gunung perut ganda!
My second experience kat Vet Daerah PJ ni, berbeza pulak. Cepat mudah dan tak banyak songeh. Maybe sebab hari aku pergi tak ada orang. Customer service pun belum masuk hantu. Cuma yang menggusarkan aku ialah dengan orang yang buat rawatan. Tak pasti itu nurse atau doctor atau customer service atau hantu. Eh? Segalanya semacam tak yakin. Cara dia pegang kucing pun buat aku ragu2. Tapi apa pun kami dan kucing dapat keluar dari sana dengan selamat. 
Ada yang nak tambah ke pasal ni? Silakan la. For me both ada pros and cons. Cuma kalau ada duit lebih lebih baik ke klinik swasta. Tepuk dada tanya selera. Jangan pulak tepuk dada dan pergi vet bawak anak. For me not all klinik swasta charged melampau2. Ada je yang munasabah kalau pandai cari. Choices are in your hand!!



Tuesday, 23 September 2014

H.O.D.O.B

So today perasaan nak menulis tu cam berkobar2 nak lumba lari. Walaupun seumur hidup takde pernah ada perasaan lumba lari tu kan ..cite je la kau bosan kat office.Zzzzzz
Anyway.Ada soalan ni..
Ada orang setuju tak kalau aku cakap orang makin kaya makin bodoh?
Ada orang marah tak kalau aku sentuh issue ni secara berjemaah? erm tak kisah la kan.

Semenjak aku keje kat International School ni, makin kuat aku mengiyakan soalan di atas. Dealing with Mat saleh, Arab, Indian, Filipino and etc hari2 makin buat aku percaya yang kaum sebigini yang kaya raya agak  h.o.d.o.b. (nak eja betul2 aku takut) But ..but tak SEMUA ok. Kebanyakan ada yang ada akal dan cerdik dan sangat bagus.

Kesimpulannya ( eh cepatnya)



- sakit hati kan baca blog camni? Aku pun.

Wednesday, 5 March 2014

Think tidy!

Clean can be definition as free from dirt, stain or impurities. It is also can define as morally uncontaminated : innocent.
Banyak sebenarnya definisi clean ni atau kata Melayu nya bersih. Sebagaimana banyaknya definisi bersih ni, banyak juga la cara untuk menjadi seorang pembersih.

In my opinion lah kan..tak susah untuk jadi pembersih ni. Cukup dengan jaga kebersihan diri, jaga kebersihan bilik dan jaga kebersihan tempat kerja/rumah.


Kalau pasal bersih diri ni, tak de lah banyak nk kena buat. Paling utama is brushing your teeth. Bagi aku tak mandi pun tak pe lagi, dari gigi bersalut macam2 untuk  berhari2 kan.  That's euwww okay! Mandi. Mandi pun penting. Aku tulis memang pandai, walau hakikat aku sendiri susah nk mandi. Dua kali sehari je da liat nak mampus. Tapi ada gak time aku mandi banyak.. Masa musim hujan. Al maklum saje, parking keta jauh dr office. So kira pakej la mandi banyak2 time tu. Tapi kan, kalau rajin mandi tapi shampoo kepala agak2 dua minggu sekali tak bole jugak . Mau berkabus  hidung nak menahan bau tengit minyak kepala yang da berhari2 tak basuh tu. Fuhh. Azab ok bau tu. You know.. bila diri sangat jarang dibersihkan it is automatically akan buat badan kita ada satu bau. Satu bau yang bole buat orang tergeleng2 bila pass by us. Satu bau yang bole buat orang bertukar muka dari JLo ke muka Ayu One in a Million. Satu bau yang bila naik kereta sama2 bole buat driver lupa mana kanan mana kiri.  Come on girls..sometimes we need to 'survey' ourself. Susah sangat ke nak tukar lifestyle. Jangan la buat satu trademark bau dan orang akan ingat selama lamanya. Kalau bau tu bole dijual tak pe jugak. Ini haram jadah takde lakunya.


Bedroom. Bilik. Habitacion. Bang. Kamara.
This is actually the most important space in our life. Kalau ada rumah bersih, wangi, tapi bilik mengalahkan kandang binatang pink apa guna hidup? Apa guna jadi orang. Aku takde lah meng kategorikan diri sendiri sebagai seorang yang rajin.Kadang2 bilik aku tertukar gak dengan kandang ayam.



Tapi we as a women by right kena tahu mana busuk mana wangi. Baju kotor bawak2 lah asingkan. Towel tu hang lah. Tukar lah towel seminggu sekali. Bedsheets and pillow sheet tu bawak2 la mengucap kalau da 3 bulan duk pakai yang sama. Mungkin la kat rumah hangpa semua ada 2 helai je bedsheets. Tapi tak susahkn nak basuh seminggu or dua minggu sekali? Eh ada ke gamak  korang nak tidur atas sheets yang da berpeta2 dan dah bertukar kaler dari pink ke kelabu?? Ada gamak ke korang nak letak muka kat bantal yang bau da ala2 ketiak Bangla?Lagi satu kalau la malas sangat nak melipat baju baja korang, beli lah tempat hang baju tu. Cepat dan teratur kan?




Barang2 kalau banyak sangat buang lah mana tak patut. Toksah nak duk buat memori sangat lah semua benda, kalau sampai kan getah ikat makanan pun nak simpan. Ikut kemampuan keluasan bilik tu lagi afdal kan. Kalau bilik agak kecik, korang nak letak almari 6 pintu, meja solek besar meja makan, memang jahanam la kan. Barang2 lagi lah menggunung sepahnya.So bawak2 lah sedar diri. Kemas la apa yang patut. Letak barang2 yang tak nak pakai tersorok sikit. 
Tak malu ke kalau kawan2 datang melawat dan muka kawan2 tu da start senyum sememeh antara satu sama lain? Tak guna dik kalau muka stok NEELOFA tapi bilik bersepah dan berbau. Memang orang lain tak nampak camna rupa bilik awak, tapi diri sendiri takde rasa jijik ke?



Ruang rumah. Dapur. Toilet.
Ada pernah pergi rumah yang luaran dia sangat cantik, tapi masuk dalam kita muntah hijau? fuhh! I have that experienced man! Tuhan saje tahu duka dan lara aku masa tu. 
Aku masih tak faham kenapa orang bole duduk dalam rumah yang tak pernah bersapu tak pernah mop?  Cik adik, kalau la malas sekali pun, boleh kutip ngn tangan kan sampah2 kecik, rambut2 yang nampak tu? (bersyarah kat sini macam aku buat kan) . 
Dapur. Bagi aku kalau dapur sangat kotor lebih baik korang roboh kan je bahagian dapur tu. Tak kisah la duk kondo ke apartment ke, korang cari lah jalan untuk runtuhkan tu. Come on lah. Takkan lah korang nak makan minum kat tempat kotor? Sink kalau da hitam sanggup ke nak basuh tangan dalam tu? Sanggup ke nak letak pinggan dalam tu? Kalau ye pun korang betul2 sanggup camtu, buat la surat official. G duduk bawah jambatan. Selesai masalah. Kawan2 pun da takkan ada yang akan judge dapur korang kotor ke bersih. Aku rasa dapur bole buat cleaning paling simple. Sink ari2 basuh. Stove hari2 lap lepas pakai. Pinggan gelas cuci lah lepas dah lebih 4 ketul. Nescaya hidup korang akan senang dan dapur takde la jadi cam dapur kedai apek Cina kan.




So..sebenarnya dalam dunia ni banyak benda senang dan tak membebankan . Jangan di tangguh. Jangan malas. If you're doing good in those things, korang akan dapat 'Menyucikan' segala galanya. Tanpa ada kesusahan.

"Life is simple, but we insist on making it complicated"